Kenyataan Mimpi bab 10
BAB 10
Kelihatan sebuah kedai berjenama yang penuh sarat dengan manusia, dek kerana kedai itu membuat harga diskaun hingga dari 60 hinggalah ke 70%. Tak heranlah kedai itu dipenuhi dengan manusia yang rata-ratanya adalah kaum wanita. Qis memasuki kedai tersebut.
Sedang Qis membelek-belek baju, kelihatan sepasang baju dress berwarna ungu menarik perhatiannya. Qis kini sudah dapat jalan penyelesaiannya untuk membaiki hubungannya dengan Mal, dan segalanya bermula dengan sepasang dress bewarna ungu. Semakin lebar senyuman Qis apabila memikirkan rancangan yang bermain di fikirannya kini. Sungguh dia tak ingin lagi tewas di tangan Tina dan menjadi bahan sendaannya, lagi pula dia mengaku kini jauh di sudut hatinya terdapat suatu perasaan halus yang membahagiakan, dan perasaan itu datangnya dari insan yang bernama Mal.
Di rumah, Mal resah menunggu Qis. Jarum sudah menunjukkan pukul 12 am, kelibat Qis masih tak kelihatan. Mal resah.
‘mana Qis ni?, dah pukul 12 pun tak balik-balik lagi ke?. Jangan-jangan ada perkara buruk berlaku tak?. Selalunya Qis tak pernah balik lewat sampai macam ni sekali. Qis cepatlah balik sayang, I risau ni…please…I wont hurt u anymore…I love u…’ kata Mal dalam hati.
Tak lama kemudian pintu bilik dibuka dari luar, terjengul wajah Qis yang kepenatan. Qis memasuki kamar tidur mereka sambil meletakkan beberapa barang yang dibelinya di pavilion tadi dan berlalu pergi ke tandas untuk membersihkan diri.
‘Qis kenapa u balik lambat?, u buat apa lama-lama tadi sampai pukul 12 baru balik?’. Soal Mal selepas Qis keluar dari bilik air.
Sambil tersenyum penat Qis menjawab ‘ sorry I tak perasan masa tadi, I tengok cerita Transformer tadi, pastu I pergilah beli barang-barang jap. Banyak I beli tau, tadi ada banyak sale.”
Mal hanya tersenyum mendengar penjelasan Qis, terus rasa amarahnya hilang apabila melihat wajah Qis yang cantik itu walaupun tanpa secalit mekap. Ditambahkan lagi dengan wangian badan Qis serta rambut Qis yang basah setelah mandi itu, menyerlah lagi kecantikan Qis. Malah dress ungu berbentuk V di dada, menyerlahkan lagi keseksiannya seta lekuk tubuh Qis yang menggoda. Sememangya penampilan Qis malam ini cukup membuatkan Mal resah. Pakaian yang dipakai oleh Qis malam ini bisa menggoncang mana-mana naluri lelaki apabila melihatnya. Mal hanya diam dan memerhati segala tindak tanduk Qis.
Selepas Qis habis menyikat rambutnya, dia berjalan perlahan menuju Mal. Perlahan-lahan Qis memeluk pinggang Mal dari belakang sambil berbisik halus ‘ Mal…im sorry ya Mal..please forgive me.. I tahu I banyak buat salah kat u. U tortured my feeling today, please forgive me…’ bisik Qis sambil mengucup lembut belakang Mal.
Mal terpana dengan tindakan Qis, tak pernah lagi Qis berkelakukan begini sejak dia hilang ingatan. ‘Ahh…aku bermimpi ke ni?, sememangnya reaksi Qis hari ini cukup membuatku gembira, dengan wajah Qis yang cemburu ditambahkan lagi dengan pujukan Qis sekarang. Bisa membuatkan aku manusia yang paling bahagia di dunia.’ fikir Mal dalam diam.
‘Shhh…it’s ok Qis. I pun salah today, I tak pedulikan u hari ni
Qis hanya tersenyum dengan reaksi yang di beri Mal. ‘ hehe…..senang juga ek nak pujuk Mal ni. Hmm…goda sikit dah cair…hehe patutlah Tina selalu berjaya control Akil tu. Agaknya lelaki memang tak tahan digoda kot?’ fikir Qis dalam hati.
‘Kenapa u senyum je?’ soal Mal dengan wajah yang curiga.
‘saje…senyum
‘hmm…memang tak salahlah dear, tapi u senyum tu..macam nak goda I je?’ saja Mal menjawab begitu untuk melihat reaksi Qis
Qis tersenyum lagi’ kalau I goda pun tak salahkan?, u
‘Hmm….ok…u ok ke hari ni Qis?, apa I buat sampai u cakap macam ni?. Am I dreaming dear?’ bisik Mal di telinga Qis mesra.
‘Mimpi?, u’re not dreamingla dear’ balas Qis sambil tersenyum menggoda.
Mal makin tak keruan dengan jawapan yang diberi Qis. Lantas dia mengeratkan lagi rangkulannya dan mendekatkan bibirnya ke wajah Qis. Kelihatan Qis seperti tidak menolak akan apa yang ingin dilakukannya, lantas bibir Qis dicumbui, dapat dirasai bibir Qis yang basah dan sedikit sejuk, Mal semakin terpana apabila perlakuanya itu dibalas oleh Qis, sungguh malam ini dia terasa amat bahagia. Terlalu bahagia dengan yang berlaku saat ini. Lalu pelukan dieratkan lagi, tak mahu melepaskan Qis dari pelukannya.
Mal mula mencumbui sekitar wajah Qis dan leher Qis yang putih gebu itu. Apabila tangannya mahu mula menolak perlahan tali halus di bahu Qis, perlahan Qis menahan tangannya dari menolak tali halus pada bahunya.
‘Opss…sorry my dear….we can’t continue anymore…tu sebagai denda u hari ini sabab tak pedulikan I. U tortured my feeling today remember?, I nak u rasa pula apa yang I rasa.’ Balas Qis sambil mengenyitkan matanya kepada Mal dan berlalu ke katil untuk tidur.
‘Oh…okay….but…I already said sorry dear..., please forgive me..’ balas Mal penuh mengaharap.
‘Dahlah Mal, I penatlah. Nak tidur. I rasa mengantukla dear, night night’. Balas Qis acuh tak acuh dan dia hanya memejamkan matanya sambil tersenyum melihatkan reaksi wajah Mal yang Terkulat-kulat itu.
‘Haha…padan muka!, siapa suruh buat aku sakit hati hari ini. Hehe..ingat aku pun tak pandai dera orang ke?.’ Getus Qis dalam hati.
‘Alamak pandai pula Qis ni nak dera aku, pandai pula dia main tarik tali dengan aku ya. Takpe I can wait, lagipun ni satu perkembangan baik ni. Thanks to you Tina, Qis akhirnya sedar yang dia hanya
BAB 11
‘Morning dear, baru bangun?. ‘ Sapa Mal kepada Qis
‘Taklah dah lama bangun dah ni’ balas Qis
‘ish dia ni, dah nampak baru bangun mestilah baru bangun takkan dah lama bangun pula kot?’ katanya dalam hati.
‘Eeee…u ni, I Tanya betul-betul dia main-main pula eyh. U nampak cute la bila u bagun pagi macam ini’. Kata Mal
‘Cute eyh?, baru today I nampak cute ke?. Hmm…macam ada apa-apa je ni. Mesti ada udang di sebalik mee ni. Selalunya lelaki kalau puji perempuan mesti ada benda yang dorang nak. U tak rasa macam tu ke?’ Jawab Qis sambil tersenyum sinis ke arah Mal.
‘ Dear…janganlah fikir macam tu ya, I puji ikhlas la dear. Lagipun u nampak makin cantik, lagi-lagi dress yang u pakai ni. U look absolutely hot la dear.’ Kata Mal sambil mencium pipi Qis.
Qis menolak muka Mal yang mahu mencium pipinya sambil mencemikkan bibirnya. ‘ Eleh…
Mal hanya tersengeh simpul dengan jawapan Qis.
‘Hai….Mal…happy nampak today?, ada apa-apa ke?’ soal Tina kepada Mal di meja makan.
Mal sambil tersenyum lebar menjawab ’ yeah im so happy today. Thank for your help Tina, u buatkan hari semalam I happy. Hingga I tak boleh ucapkan dengan kata-kata, how happy I am.’
Tina terperasan sendiri dengan kata-kata yang di ucapkan oleh Mal, sangkanya Mal tergoda dengan layanan dan perhatian yang di berikannya semalam. Belumpum sempat Tina menguntumkan sebuah senyuman, serta merta senyumannya mati apabila terlihat kesan merah di leher Qis. Tahulah dia semalam bahawa Mal dan Qis sudah berbaik semula.
‘Arghhhhhhhh…tak boleh jadi ni!, macamana dorang boleh baik macam tu je?. Bukankah semalam Mal tu marah?, bukan si Qis tu asyik tak senang duduk je semalam?. Arggh…lain yang aku rancangkan, lain pula yang jadi!. Jahanam kau Qis, aku tak sangka kau boleh pujuk Mal dalam sekelip mata je!. Aku benci kau Qis!’ Kutuk Tina dalam hati sambil matanya tak berkelip memandang Qis.
‘Morning Tina, kenapa makan sikit jer u?. Rindu Akil ke?. Alah u ni Akil
‘Ermm….tak adalah, I nak diet je. Takut gemuk’ Jawab Tina acuh tak acuh. Lalu dia beredar dari situ.
‘Arggh…sakit hati aku tengok Qis tu, yang Mal lak dari tadi asyik pandang Qis je tersenyum-senyum tak habis-habis!. Menyampah aku tengok!. Ah….meluatnya aku dengan kau Qis!’ Gumamnya dalam hati sambil menuju ke biliknya.
Qis tersenyum melihat reaksi yang diberikan oleh Tina, tahulah dia bahawa Tina kini sakit hati dengannya. Sungguh memang itu yang di inginkan.
‘Kau buat hari aku tersenyum satu hari ini Tina. Haha gembira aku tengok wajah kau yang terkulat-kulat dengan kemesraan aku dengan Mal tadi. Apa kau ingat aku pun tak reti melawan?. Ni akulah Qis, Qis yang takkan mengaku kalah, Qis yang akan pertahan haknya.’ Kata Qis dalam hati sambil tersenyum puas.
Kenyataan Mimpi bab 9
BAB 9
‘Arghh….Mal ni…kenapa buat aku macam ni?, sedihlah aku kalau Mal buat dek je dengan aku. Lagi-lagi dengan adanya si Tina ni, tak habis-habis nak merosakkan rumah tangga aku. Dulu dia dah rampas Akil dari aku, sekarang nak rampas Mal pula ke?, uh…. dari tadi tak habis-habis mengendeng dengan Mal. Yang Mal pula layan je si Tina tu, yang aku heran si Akil tu pula senyum je bila tengok dorang , Akil tak jelous ke?, aku yang tengok drama dorang ni pun boleh naik juling!. Ah…menyampahnya!!!.’ Kutuk Qis dalam hati apabila melihat adegan mesra Tina dengan Mal.
‘Aaaa…..meh I suapkan coklat untuk u sayang’ kata Tina kepada suaminya Akil. Akil dengan senang hatinya membukakan mulutnya untuk disuapkan oleh Tina. Senyumannya makin melebar apabila Tina pula merengek manja minta di suap.
Mal hanya tersenyum melihat kemesraan mereka. Dalam hati terdetik rasa cemburu. Alangkah bagusnya jika dia juga dapat merasai kebahagiaan apa yang Akil rasakan tika ini. Sungguhnya dia juga mempunyai keinginan untuk dibelai dan dimanjai oleh isterinya sendiri. Sugguh dia amat merindui setiap layanan mesra Qis terhadapnya dulu.
‘eh…u ni kenapa Mal?, dari tadi senyum je..nak I suapkan untuk u juga ke?. Gurau Tina sambil tergelak kecil.
‘Oh..kalau Akil bagi izin apa salahnya kan?, nak juga I merasa disuap oleh model popular macam u ni. ‘
‘Oh..kalau u dah kata macam tu, I boleh je suapkan untuk u, kata Tina sambil tersenyum memandang Akil meminta izin. Akil hanya tersenyum kecil dan mengangguk perlahan sambil memandang ke arah Qis untuk melihat reaksinya. Qis terkedu di situ, terasa diri tidak di pinggirkan. Jauh di sudut hatinya dia berasa kecewa dan cemburu dengan kemesraan yang di tunjukkan Mal terhadap Tina.
‘Qis…kenapa diam je?, tak nak suapkan untuk Mal sekali ke?, Tanya Akil kepadanya.
‘Tak payahlah, I tak rasa perlu. Lagipun
Tina yang memandang reaksi Qis hanya tersenyum kemenangan, sugguh dia gembira melihat wajah sugul Qis.
Oh ya, sebelum u pergi Qis.. I nak mintak izin dari u ni. Kejap lagi I nak pergi pavilion beli barang sikit, tapi Akil tak boleh temankan I, sebab dia dah janji dengan kawan dia nak jumpa. So I ajaklah Mal temankan I, yelah boring kalau jalan sorang-sorang ni. So…u macamana?, nak ikut kitaorang sekali ke?. Ke…u suka duduk rumah je?’. Tanya Tina acuh tak acuh.
‘Hmm….oklah macam tu. I ikut u berdua sekalilah, lagipun I tak rasa manis kalau u berdua aja yang pegi. Yelah sapa tak kenal u kan Tina, u kan model terkenal, nanti ada pula yang ingat Mal ni husband u. Lagipun I takutlah pula nanti lain yang u nak beli, lain pula yang jadi nanti.’ Balas Qis sambil tersenyum sinis ke arah Tina.
‘Hmm…apa kau ingat Tina aku nak biarkan kau pergi dengan Mal berdua je?, ah..macam aku tak tahu, mesti kau nak goda Mal pulakan?. Arghh..kau ni tak pernah puas dengan apa yang kau ada!, kerja kau hanya tahu nak rampas kebahagiaan aku je!. Aku takkan benarkan lagi kau rampas apa yang dah jadi milikku. Mal hanya untukku bukan kau!. Arggh…kenapa aku marah sangat ni?, aku sendiri tak faham kenapa aku sakit hati tengok dorang berdua ni. Sedangkan selama ni hatiku hanya memikirkan tentang Akil. Tapi sekarang? , bayangan Mal pula yang kerap muncul di fikirankku kini, dan sekarang… hati aku pula yang sakit apabila melihat kemesraan Tina dengan Mal. Adakah hati aku dah mula menerima Mal?’ Qis hanya mengeluh apabila mengenangkan sikap Mal yang dingin terhadapnya hari ini. Satu hari ini bagaikan berjuta tahun kurasakan, kedingingan Mal membuatkan aku merasa satu hari ini terlalu panjang untukku lalui. Sungguh hatiku terseksa.
********************************************************
Mal I dah laparlah, jom kita makan nak?. Tanya Tina sambil tangannya memegang erat lengan sasa Mal itu. Mal hanya tersenyum mengangguk tanda setuju.
‘You berdua pergilah dulu, I nak ke tandas kejap. Nanti I akan menyusul kemudian nanti.’ Sampuk Qis kepada Tina. Tina hanya tersenyum sinis.
‘Hmm…nak mengelakkan dirila tu Qis, aku tahu kau sakit hati tengok aku dan Mal
Qis menunggu gilirannya tiba untuk menggunakan tandas. ‘Ramai sangat orang yang mahu menggunakan tandas ni..sudahlah aku sakit hati tengok Mal dan Tina hari ini, kena pula tunggu giliran. Haish…apalah
Sambil dia menunggu giliran Qis terdengar perbualan antara dua orang wanita yang berdekatan dengannya itu berkata kepada kawannya ‘ eh tadi kau nampak tak supermodel terkenal tu…Tina tu lawa gila kan?, sudahlah hot, husband pula kaya dan handsome!, bertuah badan betul kan?, tapi tadi aku tengok ada perempuan ikut Tina dan husband dialah…siapa perempuan tu ek?, aku tengok penampilan dia macam budak remaja je tapi taklah bergaya macam Tina…adik Tina ke?, tapi apa-apapun Tina lagi hot kan?, aku tak heranlah kalau husband dia tergila-gilakan si Tina tu, yelah laki mana tak cair tengok perempuan lawa macam tu, seksi pula tu. Aku tengok husband dia
Qis malas untuk makan bersama dengan Mal dan Tina, seleranya mati apabila melihat kemesraan mereka. Lantas Qis mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar itu.
‘Mal, I rasa I tak laparlah. U makan jelah dengan Tina, I nak jalan-jalan dan nak beli barang sedikit. U tak perlu risaulah. I boleh balik sendiri.’ Kata Qis menyampuk perbualan rancak antara Mal dengan Tina di meja makan itu. Mal hanya mengganguk tanpa memandang ke
arah Qis.
Kenyataan Mimpi bab 8
BAB 8
Argghh…apa yang Mal sembangkan dengan Tina tu?, ish.. Tina tu dengan Mal pun nak pegang-pegang, pergi jerlah pegang si Akil tu!, yang nak pegang laki aku apasal lak?. Ahh..aku ni..kenapa sakit hati lak?, takkan aku dah suka kat Mal kot?. Arghh…nonsense! Mustahil!. Uh….baik aku tidur dululah, Kalau aku terus tengok drama dorang nanti, aku pula yang sakit hati.’’ gumam Qis dalam hati apabila dia menyelak langsir cermin biliknya yang berhadapan dengan taman itu untuk melihat adegan mesra Tina dengan Mal itu.
‘U tahu tak?, tadi I nampak Qis intai kita kat atas tadi. Hmm…I rasa tak perlu tunggu esok Mal, sekarang pun dah boleh or I shall say is already happen. I rasa Qis jelous tengok kita tadi, sebab I tengok reaksi dia tadi macam jelous je…entahlah Mal..ok lah Mal..I rasa I nak tidur dululah, rasa mengantuk pula ni. oK lah bye-bye and good night…’ Kata Tina sambil mengenyitkan matanya, lalu dia berjalan menuju ke biliknya.
‘Hmm…mungkin ke Qis jelous?, arghh..takkanlah!. Qis tak pernah jelous sebelum ni?. Akan ada suatu masakah nanti untuk Qis berasa cemburu?. Hmm…..sesugguhnya jika betul Qis berasa cemburu maka itu bermakna ada sedikit ruang di hatinya untukku. Ah….apa-apapun aku takkan berputus asa untuk memenangi hati Qis. ‘ Ujar Mal dalam hati sambil tersenyum panjang dan mula menapak masuk ke ruang tamu dan menuju ke sofa. Mal tidak mempunyai mood untuk tidur di bilik bersama Qis malam ini. Sungguh hatinya masih terasa akan penolakan Qis tadi.
Qis terjaga dari tidurnya apabila terdengar handphonenya berbunyi. ‘EH…dah pukul 6 ke?, hmm..dah subuh la ni. Baik aku bangun cepat takut terlepas subuh nanti. Mal….bangun…’ kata-kata Qis terhenti apabila melihat Mal tiada di sebelahnya. Kebiasannya Mal akan tidur bersebelahan dengannya dengan keadaan bantal yang telah disediakan di tengah-tengahnya. Dan sudah menjadi runtinnya saban hari untuk mengejutkan Mal bangun subuh dan berjemaah bersama.
‘Mal marah dengan aku ke?, takkan sebab semalam Mal tak nak tidur dengan aku kat sini?. Isk….. habis dia tidur mana malam tadi?. ’ berbagai persoalan bermain di benak fikirannya tika itu.
Usai Qis solat, dia melihat Mal masuk kebiliknya sambil memegang bantal dan selimut tebal. Tahulah Qis bahawa Mal tidur di luar malam tadi.
‘Kenapa tidur luar semalam Mal?, u….erm…u masih marahkan I ke Mal?. Look Mal… im sorry, im just not ready Mal…im so sorry…please don’t be mad with me… I rasa guilty bila u buat I macam ni. ‘ Luah Qis.
‘Oh…orang macam u ada pula rasa guilty ye Qis?, bukan you memang dah banyak kali ke dah lukakan hati I? kenapa baru sekarang u rasa guilty?. Ahh…just forget it la Qis, I ni
‘Please Mal…stop it….dont say that!. I memang rasa guilty dengan apa yang I buat selama ni. Cuma I perlukan masa untuk menerima you. Hati I masih tak terbuka untuk u Mal. Im sorry, I can’t forced myself to love you. I…I….I….’ belumpum sempat Qis menghabiskan ayatnya Mal sudah berlalu pergi ke bilik air untuk mandi sambil menghempaskan pintu. Qis hampa, dan terkejut dengan tindakan Mal. Belum pernah Mal menghempaskan pintu depannya dan belum pernah pun Mal meninggi suara dengannya.
Di meja makan Qis menguis-menguis makanan di pinggannya sambil fikirannya melayang jauh memikirkan masaalahnya dengan Mal.
‘Qis kenapa tak makan?, fikir tentang Mal ke?, don’t worry la Qis, Mal tu ok je. Semalam I sembang dengan Mal kat taman, he seem fine je siap gurau-gurau lagi. Tak perlulah u fakir banyak-banyak. Kata Tina kepada Qis sambil tersenyum kemenangan melihat Qis resah sedari tadi apabila melihat Mal tidak bercakap dengannya. Yelah manakan tidak, Mal sibuk bersembang dengananya dan Akil tetapi Mal langsung tidak mempedulikan Qis. Sedangkan Mal selalunya akan memberinya perhatian yang berlebihan kepada Qis.
‘AH…tak adalah, mana ada I fIkir tentang Mal. Lagipun macam yang u kata Mal ok je. Ermm…..
Mal hanya tersenyum sinis kearahnya. Qis terkedu dengan reaksi yang diberikan Mal sebentar tadi.
Explanation........
haha i pn x tau sape yg bace blog i ni snanye..
oh yah i just wanna say thx 2 zatie [kesengalan terserlah] & sys zazz! coz always comments my novel..n x lupa gak 2 my friend mann yg slalu bg ktorng semangat n slalu komen tntng novel ktorng ni..tp die komen melalu msg kat profile tagged acc i la..
n i just nk show our pic [me n my twin] n nk explain certain things..
act blog ni mmg i punye [ida] but semua hasil novel tu i buat dgn twin i [ina]...
bab2 mengarang i buat n bab2 edit n idea tu mostly diela buat...but idea
tu ktorng tuka2 n gabungla..so jdla KM ni..keke.. =p
so just nk inform yg blog ni snanye 2 orng yg gne..haha penting ke menda ni? lol x taula..
n snanye ktorng ade terfikir nk buat cte tntng kitaorng..tp mcm poyo lak t buat cte tntng twin..
yela dh byk la skrng orng buat mcm tu kn?
pape pn thx la kpd sape2 yg reading our blog ni ^.~V
Kenyataan Mimpi bab 7
BAB 7
Di taman…
Tina duduk bersebelahan dengan Mal, dan hanya tersenyum apabila mendengar keluhan yang keluar dari mulut Mal itu, hmm…rasanya dia boleh menduga apa yang berada difikiran Mal tika ini.
‘Hmmm…..ini mesti Qis buat hal ni. Alahai Qis…Qis…Qis… kesian betullah kau ni. Memang tak reti menilai agaknya dia ni, aku kenal sangat dengan kau Qis. Tindakan kau amat mudah untukku duga, lemah macam selalu!. Inikah yang kau katakan yang kau akan memenangi permainan ini? Ah..... untuk memerangi aku sudah tentu yang akan kalah itu kau!, aku terlalu banyak strategi dan rancangan Qis. Kau tak sedar pun akan apa yang aku rancangkan, dan kau sememangnya bukan lawan aku!. Dan tengoklah sekarang, Mal sedih pun kerana kau, hmm…… jadi tak susah untuk aku
‘You buat apa kat sini dorang-sorang?, tak temankan Qis kat bilik ke?...hai..kesian Qis boring sorang-sorang dalam bilik’, kata Tina memulakan perbualannya dengan Mal.
Sambil tersenyum pahit Mal menjawab ‘ I saja nak ambil angin kat taman ni, kadang-kadang bagus juga ambil angin ni. Boleh tenangkan hati, boleh hindarkan stress. Tak gitu Tina??’
‘Alahai….bunyinya macam orang frust je?, Sebab Qis ke?. Let me guess…dia buat hal lagi
‘Frust?, haha entahlah I pun tak tahu Tina. By the way u pula buat apa kat sini?, tak temankan Akil kat bilik ke? Kesian dia sorang- sorang kat bilik’ . Jawab Mal, saja mahu menyakitkan hati Tina.
‘uh…. aku paling tak suka orang tanya tentang hal peribadi aku!, apatah lagi tentang Qis. Aku sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakannya, jika dengan membenci Tina dan menjauhi Tina boleh membuatkan Qis menyayangi aku, apa salahnya aku menurut katanya?. Argghh…tapi masih adakah ruang untukku di hatinya”. Kata Mal di dalam hati.
‘Alah..u ni Mal bunyi macam menghalau I je?, I dah mintak izin Akil la teman u kat luar ni. I tengok u macam ada masalah je….sebab tu I teman u kat sini. Don’t worry la I takkan buat suami I marah, tak macam sesetengah orang tu.’ Bidas Tina.
‘Oh..yeke?, I tak tahu pula”,
‘Macam ni lah, I tahu u tak nak mengaku yang hubungan u dengan Qis tak stabil. Apa kata I tolong u nak?’ Kata Tina dengan senyuman yang penuh tersirat dan penuh makna.
‘Hmm…Mal ni diam je…..haha aku rasa jerat aku dah mengena ni. Mesti Mal setuju nak aku tolong dia. Hahaha tolong? Yeke?. Uh…hanya aku yang tahu.’ fikir Tina apabila melihatkan reaksi Mal yang hanya diam sedari tadi.
‘hmm…Tina, Tina, Tina….aku tahu sangat apa agenda kau Tina. Well apa salahnya menggunakan kau
‘hmm…bagus juga tu. Boleh bagi tahu I macamana u nak tolong i?’ soal Mal , dengan riak wajah yang bersahaja.
Sambil tersenyum manja Tina menjawab, ‘ alah u ni…takkan tak dapat teka kot?, Kita pura-puralah kita ada something depan Qis. Tentang Akil tu…u tak perlu bimbanglah. Dia akan sokong kita punyalah. Iyalah dia kan rasa bersalah dekat Qis remember?, mesti dia nak Qis pun rasa kebahagiaan macam yang Akil rasa dengan I. So mesti dia support rancangan kita la Mal. U know what I mean
‘If u dah cakap macam tu, ok juga tu. Bila nak start?, esok? ‘ tanyanya sambil mengangkatkan kening dan tersenyum lalu terserlahlah lesung pipitnya yang merupakan aset berharga Mal itu. Senyumannya itulah yang bisa mencairkan dan menjadi igauan mana-mana wanita.
‘Arggh…Mal. Sungguh aku..…arghh….aku amat menyukai kau Mal. Senyuman kau…mampu membuatkan aku bahagia. Alangkah bahagianya aku jika Akil juga mampu membuatkan aku begini?, Arggh..aku nanar dengan panahan matamu Mal. Mengapalah si Qis yang hingusan itu juga yang kau tergila-gilakan?. Arghh..semakin aku membenci kau Qis, dengan sepenuh hati aku ni. Benci ini hanya untuk kau!!!!!!!!!!, akan ku pastikan kau merasa apa yang pernah aku rasakan dulu. Bicara Tina di dalam hati apabila melihat senyuman Mal itu tadi.’
yeay i got award frm zazz!

Hye i just want 2 say tqvm 4 d award ^0^
Kenyataan Mimpi Bab 6
BAB 6
Aku teringat kembali perbualanku bersama Mal tentang mama sebelum Tina datang ke rumah kami. Lalu aku lantas menamatkan perbualan kami bersama Tina, tentang hubunganku dengan Ma. Lantas aku mengajak Mal ke bilik untuk berbincang tentang mama. Aku risau dan khuatir kalau-kalau kedatangan Tina ke rumah kami mempunyai agenda yang tersembunyi.
‘Hurm…Mal I ada sesuatu yang I nak cakap, u ingat lagi tak tentang perbualan kita tentang mama sebelum Tina dan Akil datang ke rumah kita?. I perlu tahu kenapa dan macamana mama boleh di serang strok?, selama I hidup dengan mama, mama sangat-sangat menjaga kesihatan dia!. U tahu tak mama I tu lebih rela makan sayur-sayuran je… just because she didn’t want to get fat! Plus she go for medical check up every month!. What happen Mal?, please tell me the truth.’
Sesudah aku memuntahkan segala persoalan yang bermain difikiranku selama ini, aku melihat Mal hanya berdiam diri dan seolah-olah ada sesuatu yang difikirkanya yang takku ketahui. Mal selalu begitu, adakalanya aku rasa seperti aku mengenalinya dan adakalanya aku seperti tak mengenalinya langsung!. Malah segala persoalan yang ku lontarkan kepadanya pun masih tidak berjawab. Aku amati kelakuanya itu sehingga kini dan pada pengamatanku selama ini, Mal seperti mempunyai rahsia atau sesuatu yang inging disorokkannya dariku.
‘Arggh…aku ingin sekali persoalanku ini dijawab olehnya dengan cepat.’ Bisik hati kecilku ini.
Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila Mal memelukku dengan erat, dan wajahnya begitu hampir dengan wajahku sampaikan deruan nafasnya boleh kurasa dileherku, dia membalas persolanku tadi dengan percakapan yang seolah-olah berbisik di telinga kecilku. Membuatkan aku berasa sedikit kaget dan terkejut dengan perbuatanya yang secara spontan itu. Dia berkata ‘ sayang sudahlah tu, jangan fikirkan sangat ok?, yang terjadi tetap dah terjadi sayang….ermm..lagipun kita kenalah reda dengan Qada dan Qadar. Dan tak semestinya orang yang sihat akan terus sihat sayang, mama kan manusia biasa?, kita mana boleh halang dengan apa yang dah terjadi. Hurmm….., Please sayang jangan fikirkan sangat ok?’.
Mal mengelus-ngelus rambut Qis dan membelai wajah Qis apabila mendapati Qis hanya berdiam diri dengan perbuatannya itu, membuatkan Mal sedikit terkejut dan terbuai dengan haruman shampoo rambut Qis. Mal terkejut dengan reaksi yang diberi Qis, selama ini Qis akan menolaknya jika dia ingin menyentuh Qis. Tapi berdasarkan reaksi Qis yang membiarkan dia menyentuhnya aku yakin dia tidak akan menolak kali ini. Fikir Mal, lalu Mal mula merapatkan wajahnya di wajah Qis, deruan nafasnnya boleh didengari dan dirasakan oleh Qis kerana wajahnya yang begitu hampir dengan wajah Qis.
‘Aku keliru dengan sikap Qis yang seolah-olah seperti membenarkan perbuatan aku itu, arggh…dia membuatkan aku merasa masa i seolah-olah terhenti seketika apabila aku bersama dengannya.’Dan aku mendekatkan bibirku dengan bibirnya tetapi perbuatanku itu terhenti apabila Qis secara tiba-tiba menolak dadaku dengan kuat dan mengalihkan pandangnya dariku. Seolah-olah dia benci dengan perbuatan aku tadi.
‘Qis….I….I…..ermm…Im sorry, arggh…’ aku lantas keluar dan mencapai tombol pintu. Aku berjalan terus menuju ke taman dan duduk di kerusi berhadapan dengan kolam ikan dan air terjun yang terdapat di taman rumahku ini. Satu keluhan berat ku lepaskan, aku berasa dadaku sakit, sakit akibat bebanan perasaan yang ku tanggung selama ini.
‘Arggh…sesungguhnya aku berasa sedih, sedih dengan segalanya. Sedih dengan apa yang terjadi, serta dengan penolakan Qis itu. Ia membuatkan aku teringat kembali pada malam sebelumnya, iaitu sewaktu aku merenungnya dalam diam sewaktu dia tidur. Dan bayangkanlah apa yang kurasakan tika itu apabila isteriku sendiri menggigau dan menyebut-nyebut nama lelaki lain sewaktu dia tidur!. Arggg….adakah Qis masih tidak dapat melupakan Akil?, tidaK terdapatkah sedikit ruang untukku di hatinya lagi?. Ya Allah sesuggunhnya tidak ada yang ku mahukan lagi. Apa yang ku inginkan adalah Qis, aku merinduinya, merindui pelukannya, gelak ketawanya, usikannya, serta setiap detik aku bersama dengannya. Secara jujurnya aku merindui segala tentangnya, dan kenangan bersamanya terlalu indah untukku gambarkan. Tetapi kenangan bersamanya juga amat menyakitkan aku, aku berasa sakit dan sedih kembali apabila memikirkan hakikat bahawa tiada lagi cinta darinya untukku. Dia hanya merindui dan mengingati setiap saat dia berbahagia bersama Akil’. Aku mengeluh dengan apa yang sudah terjadi. Lamunanku mati apabila bahuku tiba-tiba di sentuh halus oleh seseorang, aku lantas menoleh dan kelihatan Tina tersenyum sambil memandang kearahku.