BAB 6


Aku teringat kembali perbualanku bersama Mal tentang mama sebelum Tina datang ke rumah kami. Lalu aku lantas menamatkan perbualan kami bersama Tina, tentang hubunganku dengan Ma. Lantas aku mengajak Mal ke bilik untuk berbincang tentang mama. Aku risau dan khuatir kalau-kalau kedatangan Tina ke rumah kami mempunyai agenda yang tersembunyi.

‘Hurm…Mal I ada sesuatu yang I nak cakap, u ingat lagi tak tentang perbualan kita tentang mama sebelum Tina dan Akil datang ke rumah kita?. I perlu tahu kenapa dan macamana mama boleh di serang strok?, selama I hidup dengan mama, mama sangat-sangat menjaga kesihatan dia!. U tahu tak mama I tu lebih rela makan sayur-sayuran je… just because she didn’t want to get fat! Plus she go for medical check up every month!. What happen Mal?, please tell me the truth.’

Sesudah aku memuntahkan segala persoalan yang bermain difikiranku selama ini, aku melihat Mal hanya berdiam diri dan seolah-olah ada sesuatu yang difikirkanya yang takku ketahui. Mal selalu begitu, adakalanya aku rasa seperti aku mengenalinya dan adakalanya aku seperti tak mengenalinya langsung!. Malah segala persoalan yang ku lontarkan kepadanya pun masih tidak berjawab. Aku amati kelakuanya itu sehingga kini dan pada pengamatanku selama ini, Mal seperti mempunyai rahsia atau sesuatu yang inging disorokkannya dariku.

‘Arggh…aku ingin sekali persoalanku ini dijawab olehnya dengan cepat.’ Bisik hati kecilku ini.

Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila Mal memelukku dengan erat, dan wajahnya begitu hampir dengan wajahku sampaikan deruan nafasnya boleh kurasa dileherku, dia membalas persolanku tadi dengan percakapan yang seolah-olah berbisik di telinga kecilku. Membuatkan aku berasa sedikit kaget dan terkejut dengan perbuatanya yang secara spontan itu. Dia berkata ‘ sayang sudahlah tu, jangan fikirkan sangat ok?, yang terjadi tetap dah terjadi sayang….ermm..lagipun kita kenalah reda dengan Qada dan Qadar. Dan tak semestinya orang yang sihat akan terus sihat sayang, mama kan manusia biasa?, kita mana boleh halang dengan apa yang dah terjadi. Hurmm….., Please sayang jangan fikirkan sangat ok?’.

Mal mengelus-ngelus rambut Qis dan membelai wajah Qis apabila mendapati Qis hanya berdiam diri dengan perbuatannya itu, membuatkan Mal sedikit terkejut dan terbuai dengan haruman shampoo rambut Qis. Mal terkejut dengan reaksi yang diberi Qis, selama ini Qis akan menolaknya jika dia ingin menyentuh Qis. Tapi berdasarkan reaksi Qis yang membiarkan dia menyentuhnya aku yakin dia tidak akan menolak kali ini. Fikir Mal, lalu Mal mula merapatkan wajahnya di wajah Qis, deruan nafasnnya boleh didengari dan dirasakan oleh Qis kerana wajahnya yang begitu hampir dengan wajah Qis.

‘Aku keliru dengan sikap Qis yang seolah-olah seperti membenarkan perbuatan aku itu, arggh…dia membuatkan aku merasa masa i seolah-olah terhenti seketika apabila aku bersama dengannya.’Dan aku mendekatkan bibirku dengan bibirnya tetapi perbuatanku itu terhenti apabila Qis secara tiba-tiba menolak dadaku dengan kuat dan mengalihkan pandangnya dariku. Seolah-olah dia benci dengan perbuatan aku tadi.

‘Qis….I….I…..ermm…Im sorry, arggh…’ aku lantas keluar dan mencapai tombol pintu. Aku berjalan terus menuju ke taman dan duduk di kerusi berhadapan dengan kolam ikan dan air terjun yang terdapat di taman rumahku ini. Satu keluhan berat ku lepaskan, aku berasa dadaku sakit, sakit akibat bebanan perasaan yang ku tanggung selama ini.

‘Arggh…sesungguhnya aku berasa sedih, sedih dengan segalanya. Sedih dengan apa yang terjadi, serta dengan penolakan Qis itu. Ia membuatkan aku teringat kembali pada malam sebelumnya, iaitu sewaktu aku merenungnya dalam diam sewaktu dia tidur. Dan bayangkanlah apa yang kurasakan tika itu apabila isteriku sendiri menggigau dan menyebut-nyebut nama lelaki lain sewaktu dia tidur!. Arggg….adakah Qis masih tidak dapat melupakan Akil?, tidaK terdapatkah sedikit ruang untukku di hatinya lagi?. Ya Allah sesuggunhnya tidak ada yang ku mahukan lagi. Apa yang ku inginkan adalah Qis, aku merinduinya, merindui pelukannya, gelak ketawanya, usikannya, serta setiap detik aku bersama dengannya. Secara jujurnya aku merindui segala tentangnya, dan kenangan bersamanya terlalu indah untukku gambarkan. Tetapi kenangan bersamanya juga amat menyakitkan aku, aku berasa sakit dan sedih kembali apabila memikirkan hakikat bahawa tiada lagi cinta darinya untukku. Dia hanya merindui dan mengingati setiap saat dia berbahagia bersama Akil’. Aku mengeluh dengan apa yang sudah terjadi. Lamunanku mati apabila bahuku tiba-tiba di sentuh halus oleh seseorang, aku lantas menoleh dan kelihatan Tina tersenyum sambil memandang kearahku.