BAB 9

‘Arghh….Mal ni…kenapa buat aku macam ni?, sedihlah aku kalau Mal buat dek je dengan aku. Lagi-lagi dengan adanya si Tina ni, tak habis-habis nak merosakkan rumah tangga aku. Dulu dia dah rampas Akil dari aku, sekarang nak rampas Mal pula ke?, uh…. dari tadi tak habis-habis mengendeng dengan Mal. Yang Mal pula layan je si Tina tu, yang aku heran si Akil tu pula senyum je bila tengok dorang , Akil tak jelous ke?, aku yang tengok drama dorang ni pun boleh naik juling!. Ah…menyampahnya!!!.’ Kutuk Qis dalam hati apabila melihat adegan mesra Tina dengan Mal.

‘Aaaa…..meh I suapkan coklat untuk u sayang’ kata Tina kepada suaminya Akil. Akil dengan senang hatinya membukakan mulutnya untuk disuapkan oleh Tina. Senyumannya makin melebar apabila Tina pula merengek manja minta di suap.

Mal hanya tersenyum melihat kemesraan mereka. Dalam hati terdetik rasa cemburu. Alangkah bagusnya jika dia juga dapat merasai kebahagiaan apa yang Akil rasakan tika ini. Sungguhnya dia juga mempunyai keinginan untuk dibelai dan dimanjai oleh isterinya sendiri. Sugguh dia amat merindui setiap layanan mesra Qis terhadapnya dulu.

‘eh…u ni kenapa Mal?, dari tadi senyum je..nak I suapkan untuk u juga ke?. Gurau Tina sambil tergelak kecil.

‘Oh..kalau Akil bagi izin apa salahnya kan?, nak juga I merasa disuap oleh model popular macam u ni. ‘

‘Oh..kalau u dah kata macam tu, I boleh je suapkan untuk u, kata Tina sambil tersenyum memandang Akil meminta izin. Akil hanya tersenyum kecil dan mengangguk perlahan sambil memandang ke arah Qis untuk melihat reaksinya. Qis terkedu di situ, terasa diri tidak di pinggirkan. Jauh di sudut hatinya dia berasa kecewa dan cemburu dengan kemesraan yang di tunjukkan Mal terhadap Tina.

‘Qis…kenapa diam je?, tak nak suapkan untuk Mal sekali ke?, Tanya Akil kepadanya.

‘Tak payahlah, I tak rasa perlu. Lagipun kan dah ada orang yang suapkan?. I ni bukan model popular pun, mana ada orang yang suka kalau I suapkan pun. ‘ Balasnya sambil tersenyum kelat dan berlalu pergi sambil mengangkat pinggan yang tersusun di atas meja.

Tina yang memandang reaksi Qis hanya tersenyum kemenangan, sugguh dia gembira melihat wajah sugul Qis.

Oh ya, sebelum u pergi Qis.. I nak mintak izin dari u ni. Kejap lagi I nak pergi pavilion beli barang sikit, tapi Akil tak boleh temankan I, sebab dia dah janji dengan kawan dia nak jumpa. So I ajaklah Mal temankan I, yelah boring kalau jalan sorang-sorang ni. So…u macamana?, nak ikut kitaorang sekali ke?. Ke…u suka duduk rumah je?’. Tanya Tina acuh tak acuh.

‘Hmm….oklah macam tu. I ikut u berdua sekalilah, lagipun I tak rasa manis kalau u berdua aja yang pegi. Yelah sapa tak kenal u kan Tina, u kan model terkenal, nanti ada pula yang ingat Mal ni husband u. Lagipun I takutlah pula nanti lain yang u nak beli, lain pula yang jadi nanti.’ Balas Qis sambil tersenyum sinis ke arah Tina.

‘Hmm…apa kau ingat Tina aku nak biarkan kau pergi dengan Mal berdua je?, ah..macam aku tak tahu, mesti kau nak goda Mal pulakan?. Arghh..kau ni tak pernah puas dengan apa yang kau ada!, kerja kau hanya tahu nak rampas kebahagiaan aku je!. Aku takkan benarkan lagi kau rampas apa yang dah jadi milikku. Mal hanya untukku bukan kau!. Arggh…kenapa aku marah sangat ni?, aku sendiri tak faham kenapa aku sakit hati tengok dorang berdua ni. Sedangkan selama ni hatiku hanya memikirkan tentang Akil. Tapi sekarang? , bayangan Mal pula yang kerap muncul di fikirankku kini, dan sekarang… hati aku pula yang sakit apabila melihat kemesraan Tina dengan Mal. Adakah hati aku dah mula menerima Mal?’ Qis hanya mengeluh apabila mengenangkan sikap Mal yang dingin terhadapnya hari ini. Satu hari ini bagaikan berjuta tahun kurasakan, kedingingan Mal membuatkan aku merasa satu hari ini terlalu panjang untukku lalui. Sungguh hatiku terseksa.

********************************************************

Mal I dah laparlah, jom kita makan nak?. Tanya Tina sambil tangannya memegang erat lengan sasa Mal itu. Mal hanya tersenyum mengangguk tanda setuju.

‘You berdua pergilah dulu, I nak ke tandas kejap. Nanti I akan menyusul kemudian nanti.’ Sampuk Qis kepada Tina. Tina hanya tersenyum sinis.

‘Hmm…nak mengelakkan dirila tu Qis, aku tahu kau sakit hati tengok aku dan Mal kan?. Apa-apalah Qis…., kau yang bodoh tak tahu jaga Mal.’ Bisik Tina dalam hati sambil berlalu pergi dengan Mal ke restoran mewah.

Qis menunggu gilirannya tiba untuk menggunakan tandas. ‘Ramai sangat orang yang mahu menggunakan tandas ni..sudahlah aku sakit hati tengok Mal dan Tina hari ini, kena pula tunggu giliran. Haish…apalah malang sangat nasib aku hari ini.’ Keluh Qis.

Sambil dia menunggu giliran Qis terdengar perbualan antara dua orang wanita yang berdekatan dengannya itu berkata kepada kawannya ‘ eh tadi kau nampak tak supermodel terkenal tu…Tina tu lawa gila kan?, sudahlah hot, husband pula kaya dan handsome!, bertuah badan betul kan?, tapi tadi aku tengok ada perempuan ikut Tina dan husband dialah…siapa perempuan tu ek?, aku tengok penampilan dia macam budak remaja je tapi taklah bergaya macam Tina…adik Tina ke?, tapi apa-apapun Tina lagi hot kan?, aku tak heranlah kalau husband dia tergila-gilakan si Tina tu, yelah laki mana tak cair tengok perempuan lawa macam tu, seksi pula tu. Aku tengok husband dia kan dari tadi asyik pandang Tina je…haha aku rasa mesti sebab dia tengok Tina tu lawa sangat kan?’ Kata wanita tersebut kepada kawannya. Hati Qis terbakar mendengar perbualan dua orang wanita itu tadi.

Qis malas untuk makan bersama dengan Mal dan Tina, seleranya mati apabila melihat kemesraan mereka. Lantas Qis mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar itu.

‘Mal, I rasa I tak laparlah. U makan jelah dengan Tina, I nak jalan-jalan dan nak beli barang sedikit. U tak perlu risaulah. I boleh balik sendiri.’ Kata Qis menyampuk perbualan rancak antara Mal dengan Tina di meja makan itu. Mal hanya mengganguk tanpa memandang ke

arah Qis.