BAB 24

Qis terkejut apabila secara tiba-tiba Mal memeluknya dari belakang dan menyandarkan kepalanya di atas bahu Qis. ‘Apa yang u menungkan tu sayang?, duduk kat luar sorang-sorang ni tak sejuk ke?’ Katanya sambil membuka jaketnya dan menyarungkan ke tubuh Qis.

Qis senyum, perlahan dia berkata sambil menundukkan wajahnya ke bawah. Tak sanggup rasanya untuk menatap wajah Mal, masih dia ingat kejadian antara mereka malam tadi yang masih bermain di kotak fikirannya. Perasaan malu membuak-buak membuatkan dia malu untuk menatap sepasang mata bewarna hazel milik Mal.

‘takde apa, saje nak tengok pemandangan laut ni. Tak salah rasanya untuk menikmati kecantikan yang Allah ciptakan untuk kita kan?.’

‘Yup…absolutely right, dan tak salah rasanya untuk I menikmati pemandangan makhluk secantik u yang bernama Qis.’ Balas Mal sambil memegang kedua-dua pipi Qis dan mengucup dahi Qis perlahan penuh syahdu.

Qis kaget apabila Mal terus-terusan merenungnya. Perasaan malu dan resah makin menebal. ‘Kenapa u tenung I macam tu?, muka I ada apa-apa ke?’

Kan u cakap tadi tak salah rasanya untuk menikmati keindahan ciptaan Allah. I sedang menikmati keindahan ciptaan Allah la ni. Sebab tu lah I nak tenung muka u puas-puas. Supaya I boleh katakan kat diri I betapa I bersyukur sekali lagi kerana memiliki perempuan seperti u, dan sekali lagi I berpeluang mencipta memori bersama u. I bersyukur kerana u sedar dari koma. Sudah lama I tak merasai kegembiraan seperti ini. Betapa I terlalu merindui segala-galanya tentang u. I rasa bersyukur sangat-sangat’. Kata Mal sambil mengambil kedua belah tangan Qis dan mengucupnya bertalu-talu.

‘Hei….sudahlah tu. Tak perlulah you ucapkan lagi kata-kata seperti itu. Sebab betapa I juga teramat bersyukur kerana memiliki suami penyabar seperti u. Tak pernah I impikan memiliki suami seperti. Miliki you umpama I miliki mimpi yang selalunya perempuan idamkan. Sebab tu I nak katakana sekali lagi, betapa I bertuah dan bersyukur menjadi isteri u.’ Balas Qis sambil memeluk erat badan sasa milik Mal.

‘oh ya…dan I ada benda nak bagitahu u’. Cakap Qis.

‘yeke? Apa dia dear?’

‘I dah masakkan sarapan untuk u.’ Beritahu Qis sambil tersenyum.

Mal terpana dengan jawapan yang diberi Qis. Tanpa dia sedar air matanya mengalir deras di pipinya.

‘eh…kenapa u menangis tiba-tiba ni?, I ada salah cakap ke?’ Tanya Qis sambil memgusap pipi Mal.

Mal hanya menggeleng dan lantas menarik erat tubuh Qis tanpa berkata apa-apa. Qis hairan, namun dia hanya membiarkan pelukan Mal dan membalas pelukan itu dengan hati yang terbuka.

‘I …I …Cuma terharu..dan bila u cakap tentang breakfast tadi… I teringat balik masa anniversary kita. Di kapal ni, di tempat kita berdiri sekarang. U ada cakap dekat I, yang u dah buat sarapan untuk I. Dan kenangan tu buat I teringat kembali apabila u katakan sama seperti waktu anniversary kita dulu. Betapa I rindukan saar-saat seperti itu dengan u. I rasa gembira sangat dan I tak sangka I berpeluang lagi merasai kegembiraan seperti. Cukuplah sekali I kehilangan u, sepanjang u dalam koma…..i rasa terseksa sangat…entahlah..tak tahu rasanya bagaimana untuk I gambarkan.’ Balas Mal dengan pandangan matanya yang berkaca-kaca.

Qis mengganguk faham. ‘ Dahla tu..jom kita makan. Taknaklah nangis-nangis, tak cute nanti tau.’ Balas Qis sambil mencuit hidung mancung Mal.