Blog Archive
Kenyataan Mimpi bab 23
BAB 23
Tiba-tiba Tina disapa oleh seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 dan dia amat kenal akan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Dato’ Dahlan.
‘arghh…cepat pula Dato Dahlan ni datang, dahlah Tan belum sampai lagi. Hurm…nampaknya terpaksalah aku berurusan dengannya berseorangan. Selalunya aku bertemankan manager aku apabila bertemu dengan Dato gatal ni. Tapi….sebab Akil…semua benda tak menjadi. Hmm…entah-entah Akil kot yang buat Tan tak dapat datang?, siapa tahu segalanya mungkin terjadi.’ Bicara Tina dalam hati.
‘Hai..senyap je si cantik ni?, u mesti ada apa-apa hal
Tina lantas menarik tangannya dan diam untuk berfikir apakah yang harus dikatakan. Silap cakap buruk padahnya. Hmm….aku akan bersetuju dengan apa saja yang Dato Dahlan inginkan. Dia takkan berjaya memperisterikan aku, kerana aku tahu Akil takkan melepaskan aku. Ternyata Akil masih mencintai aku apabila dia mengatakan dia enggan melepaskan aku, aku boleh merasainya dia masih mencintai aku. Aku masih boleh mempergunakan dia dengan sisa cintanya yang masih ada. Saat itu apabila semuanya berjaya seperti yang dirancang aku akan memikirkan cara untuk melepaskan diri dari genggaman Akil. Tak sanggp bertemankan dengan lelaki penipu seperti dia. Kepercayaan aku pada lelaki sudah lama mati.’ Lamunan Tina terhenti secara tiba-tiba apabila Dato Dahlan menjemputnya minum bersamanya apabila set minuman sudah sampai. Tanpa berfikir panjang dia lantas meneguk air minuman Fresh orange yang berada di hadapannya untuk membasahkan tekaknya yang kering itu.
Selang beberapa minit kemudian Tina merasakan kepalanya berat dan berpinar-berpinar dan berasa bagaikan matanya meminta-minta ingin dipejam. Kerana perasaan mengantuknya semakin membuak-buak. Perlahan-lahan pandangan matanya tertutup dan dia sempat melihat pandangan terakhir Dato Dahlan yang tersenyum memandangnya.
Dato Dahlan segera memanggil pegawal peribadinya memimpinya Tina ke dalam bililk hotel yang telah ditempahnya awal-awal. Tak sabar rasanya mencumbui setiap inci tubuh Tina. Sudah lama dia kepingin memiliki Tina, hanya dengan cara ini, apa yang dihajat pasti akan tercapai. Hmm…yang pasti aku akan pastikan hari ini adalah hari yang paling diingati oleh Tina. Video rakaman sudah tersedia. Hahahahaha…dengan cara ni Akil pasti akan melepaskan Tina dan yang menjadi penggantinya sudah pastilah aku!.
Di sebalik kejadian yang sedang berlaku tika ini, Dato Dahlan tidak mengetahui bahawa teman Tina iaitu Tan sedang menyaksikan adegan Tina dibawa pergi oleh mereka. Sengaja Tan tidak menyertai Tina dalam perjumpaan mereka. Kerana Tan amat yakin jika dia mengikut sekali sudah pastilah rancangan Dato Dahlan akan lebih rapi, dan silap-silap dia sekali akan terlena seperti Tina. Dan peluang untuk meneyelamatkan Tina pasti tiada jika itu yang berlaku. Kayu besbol yang tersimpan kemas dalam beg galasnya dipegang kuat dan terdapat juga sebilah parang, takut-takut kejadian yang tidak di ingini terjadi. Orang VVIP ni bukan boleh diduga dengan kuasa diorang boleh buat apa sahaja. Apa nak buat, terpaksalah aku menyelamatkan Tina dengan apa cara sekalipun. Nak telefon suaminya aku tak tahu pula nombornya. Silap aku juga kerana gagal memujuk Tina dari tidak berjumpa dengan Dato jahanam ni.
Perlahan-lahan Tan mengekori mereka dari belakang. Dalam hati dia berbisik ‘ hmm…nasib baik seorang je pengawal dia bawa hari ni, kalau tak…tak tahulah apa yang patut aku buat untuk menumpaskan mereka.’
Dalam bilik……
Dato Dahlan tersenyum lebar memandang sekujur tubuh Tina yang terbaring kaku di atas katil. Keinginannya untk menyentuh tubuh Tina semakin membuak-buak.
Perlahan-lahan tubuh Tina dirangkulnya erat dan leher Tina dicumbui rakus. Kenginannya semakin memuncak lantas dia menanggalkan butang baju Tina satu persatu. Terserlah kegebuan kulit Tina dan tubuhnya yang menggiurkan itu. Belumpum sempat dia menanggalkan pakaian dalam Tina, tiba-tiba pintu biliknya dirempuh oleh seorang dengan kasar. Kelihatan seorang lelaki cina memegang sebilah kayu besbol dan memukulnya tanpa henti. Dia mengaduh kesakitan akibat dipukul bertalu-talu. Lantas dia
‘OH…my god Tina……wake up please…Tina..Tina…are u okay?’ cakap Tan sambil menepuk-nepuk pipi Tina agar Tina segera sedar. Apabila melihatkan Tina yang masih tidak memberikan sebarang reaksi lantas dia menanggalkan pakaiannya cepat untuk membalutkan tubuh Tina yang terdedah itu. Dia tidak punyai masa yang banyak. Dia bimbang sekiranya Dato Dahlan kembali semula membawa pengawalnya untuk menyerang mereka. Lantas tanpa berfikir panjang dia menyarungkan bajunya untuk disarungkan ke tubuh Tina. Belumpum sempat dia menyarungkan pakaianya ke tubuh Tina dia terlihat segerombolan lelaki berpakaian hitam sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam.
Dalam hati dia berbisik ‘ arghh…habislah aku hari ini……’
This entry was posted on 12:05 AM
and is filed under
Novel [Kenyataan Mimpi 23]
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment