BAB 21

Setelah Tina selesai chek in di hotel dia lantas bergegas masuk ke biliknya dan menghempas pintu biliknya kasar. Tina berang, berang dengan tindakan Akil dan berang dengan kemesraan Qis dengan Mal. Ditambahkan lagi dengan senyuman Qis semasa mendapat sejambak bungan dan bear dari Mal. Tina sakit, sakit hati dengan kebahagiaan musuh ketatnya. Ditambahkan lagi dengan perbuatan Akil terhadapnya membuatkan kemarahannya meluap-luap. Dia tahu kini anatara dia dengan Akil semakin tiba ke penghujungnya yang telah diduga olehnya sedari awal perkahwinan mereka.

‘Arghhh..ini semua betina tu punya pasal!. Sebab dia sekeluargalah aku hidup merempat. Aku benci. Benci dengan seluruh ahli keluarga kau Qis!!!!!!!!!!!!!!. Sudahlah ayah kau memusnahkan kebahagiaan mama dan aku!, kini kau pula nak musnahkan kebahagiaan akan karier aku!!! dan kau pula nak musnahkan rancangan aku?. Jangan harap Qis!!!. Saat aku melihat mama melepaskan nafas terakhirnya, saat itu juga aku telah bertekad kau sekeluarga perlu bayar atas penderitaan apa yang mama dan aku rasakan!. Huh..kau ingat kau dah menang?. Kau dapat Mal dan buat Akil hina aku macam ini kau ingat kau dah menang?. Tengoklah. Perang besar akan meletus. Kau akan kesali semua ni atas apa yang kau buat terhadap aku!.

Yang pertama, aku harus menyelamatkan kembali karier aku. Kerana itulah periuk nasiku sedari dulu. Aku perlu menelefon Dato’Dahlan. Orang tua yang tak sedar diri dengan perut buncitnya yang memboroi. Ditambahkanb lagi dengan misainya yang melebat. Memang tak sedar bahawa diri sudah tua!. Masih lagi terhegeh-hegeh terkejar-kejarkan aku, walupun sudah tahu aku sudah bersuami. Tapi aku tak peduli semua itu. Kini aku perlu menelefonnya, aku perlu akan pertolongan dalam mengembalikan karier aku. Aku tak peduli dengan semua kemungkinan yang akan terjadi. Yang pasti aku perlu melunaskan agenda utama aku.

Sebelum aku menelefom Dato’Dahlan aku perlu menelefon kawan baikku dulu. Ingin meminta pertolongan. Manalah tahu mungkin ada cara lain untuk mengembalikan karier aku. Lantas telefon bimbitnya dicapai.

‘Hello…can I speak to Tan please?’

‘Yes…. Im Tan..eh…ni u ke Tina?. Oh my god, it is really?. I miss u so much. How is your life? I heard…..’

‘Hmm…I guess…I know what thing have u heard bout me right?. Macam nilah. I telefon u ni pun sebab tulah. Nak minta tolong u boleh?. Soal Tina ragu-ragu.

‘Yes..ofcourse my dear. You are my best friend remember?. But if u nak I tolong u untuk dapatkan job untuk u. Tu memang I tak boleh tolong. U tahukan how powerful ur husband is?. ‘

Tina mengeluh. ‘Takpalah kalau macam tu. Kalau macam tu I terpaksa jugalah jumpa Dato Dahlan ni.’ Balas Tina dengan nada kecewa.

‘What???, Tina…u nak jumpa buaya darat tu????, please don’t be too stupid Tina. U tahukan dia macamana?. Dia tak akan bagi pertolongan free macam tu je!!!. U jangan Tina. Sekali u terjerat, selamanya u terperangkap. Plus buaya tu kan dah lama nak u. Mesti dia akan ambil kesempatan dekat u!.’ Balas kawanya Tan dengan nada bimbang.

‘But…but I have to. I don’t have any choice anymore. Whether u like it or not. I akan tetap juga jumpa dia. Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Kawannya lantas memintas percakapanyannya.

‘Wait..wait…u still nak jumpa dia?. ok ok..i tahu u macam mana keras kepalanya u. Tak guna I nasihat u lagi. Macam nilah, biar I teman u ok?’ ujar Tan.

‘tak perlulah Tan. U akan dapat susah nanti sebab i. Dah banyak yang kita harungi bersama. I tak mahu u susah lagi sebab I. Cukuplah pengorbanan u untuk I dulu.’

‘Its ok Tina. u are my friend remember?. I bukan je seorang kawan yang berada disisi u bila u senang. Tapi I akan bersama dengan u juga bila susah. Lagipun u la yan menggalakkan I dan memberi sokongan dekat I apabila I memilih untuk menjadi hairstylist walaupun seluruh family I menentang. If is not because of u. I would never can get thru all this till now. U jugalah yang pujuk seluruh ahli keluarga I supaya terima I kembali. Dan kejayaan yang I kecapi sekarang tak akan bermakna without u Tina. Tell me where the place is, I akan teman u.’ Kata Tan muktamad.

Tina terharu. Terharu dengan kata-kata satu-satunya sahabat yang dipunnyainya. Lantas Tina memberitahu dimana, dan bila waktu mereka akan bertemu Dato’Dahlan.