thx...
i just waana say thx 2 my friend irish..
Luv, Fake & Friends...
Kenyataan Mimpi 2
Bab 2
Balqis menangis teresak-esak apabila teringatkan perbualannya dengan wanita itu di hospital pada beberapa hari yang lalu.. Ya wanita itu, yang kini sudah menjadi isteri kepada bekas kekasihku. Malah yang tidak kuduga ialah apabila dia mengatakan yang dirinya adalah sebenarnya kakak tiriku yang selama ini ayahku cari tanpa henti.
‘Arghh…dugaan apakah ini? ,terlalu banyak dugaan dan kenyataan yang aku kena hadapi, dan aku berharap yang ianya hanya mimpi….,tetapi ternyata tidak. Aku tidak berharap bahawa memoriku kembali, aku takut memikirkan dengan apa yang telah berlaku sebelum ini. Aku takut untuk mengingatkan memori-memori lalu, dan tentang Akil yang kini sudah menjadi abang iparku dan kemunculan kakak tiriku yang telah berkahwin dengan Akil, serta kemunculan suamiku kini yang tak kukenali dan tidak ku cintai.
Aku kemudian terdiam apabila memikirkan tentang semua ini. Berbagai persoalan yang sedang bermain fikiranku. Aku pelik memikirkan bagaimanakah hubunganku dengan Akil berakhir dan bagaimanakah aku boleh berkahwin dengan Ikhmal sedangkan hatiku telah dimiliki oleh Akil, malah sejak bilakah kakak tiriku itu kini berjaya dijumpai oleh ayahku?, atau adakah kakak tiriku yang mengaturkan semua ini? Aku membuat andaian sendiri apabila teringatkan perbualanku bersamanya sewaktu dia melawat aku di hospital sebulan yang lalu.
Kini aku keliru memikirkan persoalan-persoalan yang bermain difikiraku. Yang pasti, semua ini amat melukakanku apabila melihat kekasihku sendiri besmesra dengan kakak tiriku sendiri. Malah aku tidak ingat langsung memori aku bersama suamiku, dan itu membuatkan aku lebih sukar untuk menerima lelaki bernama Ikhmal ini. Aku mengeluh sendiri apabila mengenangkan nasibku
Sebulan yang lalu……
‘ Kenapa ni Qis, bingung ya?’ Katanya sambil tersenyum sinis dan tergelak kecil apabila melihatkan wajahku yang tertanya-tanya dengan kehadirannya. ‘Ok, biar I jelaskan pada you Qis, tentang satu perkara yang sememangnya menggembirakan bagi I tetapi tidak bagi you Qis.’ Katanya dengan nada penuh sinis,
Dia menyambung kembali percakapannya itu, ‘I kasihan melihat you Qis, iyalah memori sendiri tak ingatkan?, malah kekasih sendiri telah berkahwin dengan kakak kandung sendiri, iaitu I, tentu you mengharapkan yang ianya hanya mimpikan? Tertapi nyata sekali tidak, dan ini tentu bukan mimpi tapi kenyataan Qis. You mesti tahu bezakan kenyataan dengan mimpi bukan?, dan sekarang I amat gembira yang ianya bukan lagi mimpi bagi I, tapi kenyataan yang sebenar -benarnya bagi kita’. Katanya padaku.
Aku kemudian mencelah ‘Apa?, kakak kandung?, setahu Qis, Qis tidak pula mempunyai kakak kandung. Yang ada hanyalah kakak tiri, itupun Qis dan papa masih mencarinya. Atau….adakah you orang yang kami cari selama ini?’, kataku kepadanya dengan wajah yang bingung.
‘Uh…tolonglah, cari?, hahaha so funny la Qis. You ingat I percaya?, dan ya I adalah orang yang you dan papa cari selama ini, itupun kalau betullah la kan?, Hai…bongkaknya bercakap, tak ada kakak kandung ya Qis?, hmm… kini I akan menjadi kakak kandung you mulai hari ini, dan I bukan lagi kakak tiri. You tahu kenapa?, Sebab…. kata papa, I adalah anak kandungya, dan tak ada istilah anak tiri ni Qis. Dan sekarang I gembira melihat orang yang you cinta menjadi milik I. Tapi I masih tak cukup gembira lagi, you tahu kenapa?. Sebab you masih belum mati lagi, sayangnya…. .I ingat you akan mati dalam kemalangan haritu. Tapi you ni kira bertuahlah ya sebab masih tak mati. Tapi you jangan risau sangatlah I akan buang tuah you tu jauh-jauh. Sesungguhnya I ingin sangat melihat you sekeluarga hidup dalam derita yang selama ni I dan ibu rasakan. Akhirinya dengan pandangan yang penuh benci, lalu dia mencapai tombol pintu untuk berlalu pergi.
Tetapi belum pun sempat dia pergi, dia kembali kepadaku dengan berkata ‘ I ada permainan untuk you Qis , tapi I tak rasa you nak bermain. Tapi I yakin yang you terpaksa bermain dalam permainan yang I cipta. You tahu kenapa? , sebab you adalah buah catur untuk I musnahkan kebahagian you sekeluarga.’ . Katanya sambil berlalu pergi dengan pandangan yang tajam dan menjelingkan matanya padaku sebelum dia berlalu pergi.
Aku kemudian terjaga dari lamunanku apabila terdengar ketukan bertalu-talu di pintu bilikku. ‘Tok,tok,tok, kedengaran pintuku diketuk dari luar. Aku kemudian membuka pintu dan terjengul wajah suamiku. ‘ Qis…jom makan sayang, dah time dinner ni, I masak lauk special untuk you tau. You suka spaghetti
Aku kemudian mengikutinya dari belakang menuju ke meja makan yang telah dihias indah dengan pinggan yang cantik serta lilin yang berbau harum dengan haruman lavender. Aku duduk dikerusi apabila dia telah menarik kerusi untukku duduk. Sungguhpun lauk kegemaranku telah terhidang panas di atas meja namum ianya langsung tidak mambangkitkan seleraku. Fikiranku ralit dengan duniaku sendiri.
Aku senyap dan menguis-menguis mee pingganku untuk memberi insyarat padanya bahawa aku tidak berselera dan tidak selesa berduaan denganannya.
‘Sayang, kenapa ni?, makanlah sikit, susah-susah I masak untuk you tau. Meh I suapkan untuk you nak?, katanya ambil mengacukan garfu yang berisi spaghetti di mulutku. ‘ I tak naklah Mal, please stop it ok. I bad mood ni.’Balasku dengan nada yang sengaja kutiggikan.
Aku kemudian menolak kerusi meja dan meningglkankan dia bersendirian di meja makan. Tapi belumpun sempat aku berlalu pergi dia lantas memelukku dari belakang secara tiba-tiba. Aku sedikit terkejut dengan tindakannya itu. Manakan tidak, selama kami hidup serumah belum pernah dia menyentuh aku walaupun seinci.
Aku kemudian bersuara ‘Apa you buat ni Mal?, lepaskan I Mal. I tak ada mood nak bertekak ok. Stop it now!’. Kataku dengan sedikit kasar. Dia tak mempedulikan bentakkanku. Dia terus memelukku dengan erat sekali tanda tidak mahu melepaskan aku. Aku meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Tapi kudratku tidak mampu melawan dengan kudratnya yang jauh lebih kuat dariku. Aku diam tanda mengalah, kerana rontaanku tidak langsung membuatkan dia berhenti dari tindakannya itu.
Kemudian dia berkata’ Qis…I sayang you sangat-sangat, please forget him Qis, I know is hard for you, but you have to move on your life. He’s already have a wife Qis, malah isteri dia sendiri kakak u. Sedarlah Qis, I berada di sini hanya untuk you. I tau yang you tak mampu mengingat kembali memori kita dulu. Tapi percayalah yang I sangat sayangkan you. Tolonglah jangan keruhkan keadaan yang dah sedia keruh. Dah lama kita berdua begini, kurang bertegur sapa dan bila I ajak you keluar berdua, u tolak. Bila I masakkan untuk u, u tak nak makan pula. Malah bila I cuba untuk berbaik dengan you pun, you tolak. Dahlah Qis, tolonglah hentikan semua ni Qis. You hanya menyeksa diri you dan I.I rindukan Qis yang dulu, Qis yang sentiasa tersenyum, Qis yang sentiasa disisi I, Qis yang yang selalu berfikiran positif, dan Qis yang selalu sabar dengan segala dugaan. Malah I rindukan saat-saat indah kita bersama. I rindukan semua tu Qis. You tahukan kenapa I beritahu you semua ni? , sebab I nak you sedar yang I sangat sayangkan you dan I adalah orang tak sanggup kehilangan you, dan I lah orang yang tak akan sekali-kali meninggalkan you’. Katanya dengan nada yang sayu.
Aku tidak sedar sejak bila air matanya mengalir di bahu bajuku. Aku terpaku apabila terasa titisan air matanya yang masih hangat mengalir. Aku berasa serba-salah dengan perbuatanku yang selama ini tidak mengendahkannya, sejak aku pulang dari hospital tidak pernah sekalipun aku melayaninya dengan baik.
Sejak aku pulang dari hospital aku melayaninya hanya acuh tak acuh. Apabila dia mengajakku makan bersama dengannya aku sering mengelak dan mencipta berbagai alasan untuk tidak makan bersamanya. Malah ada suatu masa aku mengherdiknya apabila dia
Aku tersentak dari lamunanku apabila dia telah merenggangkan pelukannya dari belakangku dan sudah berada di depanku. Aku mengelap pipinya dengan jari halusku apabila melihat titisan air matanya yang masih mengalir. Dia
Aku kemudian berkata ’Its ok if you ‘ure crying Mal…., I faham dengan apa yang u rasakan sekarang Mal….. Im really sorry, I tak boleh beri you kebahagiaan buat masa sekarang. Dan I mintak maaf sangat-sangat dengan perbuatan I pada you sejak I balik dari hospital. Berdasarkan apa yang you kata tentang I, I benar-benar menghargai dengan apa yang you
Berilah I masa untuk
Dia tersenyum comel apabila mendengar kata-kataku dan dia berkata ‘Jika memori yang lepas tak kembali, biarlah kita sama-sama mencipta memori yang baru. Menjalani memori yang baru dan dengan azam yang baru agar rumah tangga kita kekal dan bahagia. Dan tentang masa yang you pinta, I tak kisah. I akan beri you masa untuk you
Aku tersenyum dengan usikannya itu, aku membalas dengan berkata ‘ Jangan beranganlah Mal, baik you tolong I basuh pinggan nanti lagi bagus. Dari tadi asyik bercakap je, sampaikan makanan pun dah sejuk. Jom makan, kita
Dia hanya tergelak kecil dengan reaksiku dan berkata ‘ I berangan ya Qis?, hehehehe…...you bolehlah you cakap macam tu sekarang, jangan satu masa nanti you muntah-muntah pregnantkan anak I sudah. Ha…..time tu you tak bolehlah kata I berangan lagi tau.. dah jom makan’ Katanya sambil mengenyitkan mata dan menyambut huluran tanganku.
Aku hanya tersenyum dan berkata ‘Malas I nak layan you, you kalau dilayan makin menjadi-jadi nanti’ Kataku dengan nada yang bersahaja sambil kembali menuju ke meja makan bersamanya
Kenyataan Mimpi 1
Bab 1
Seluruh badanku terasa begitu perit sekali ’arghhhh… sakit betul rasanya’, perlahan-lahan aku
‘Di manakah aku?, kenapa badanku terase begitu sakit sekali?, kenapa aku dipakaikan dengan alat bantuan pernafasan? , adakah aku di….hospital?, tapi kenapa?’ berbagai persolan yang bermain di fikiranku.
Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki garau yang menyapaku dengan perkataan sayang sambil mengusap-usap pipiku. Matanya seakan–akan bergenang melihat keadannku. Aku bingung dengan sapannya dan kewujudannya di sisiku, ‘siapakah dia?’ getusku didalam hati.
‘Sayang? , kenapa awak panggil saya sayang?, awak siapa?, kenapa saya ada kat sini?’ tanyaku dengan wajah yang bingung.
Lelaki itu menunjukkan wajah terkejut saat ku lontarkan soalam yang bermain difikiranku.
. ‘ Ya Allah Balqis , u finally awake!, ni I , Ikhmal your hubby’, what is going on? Wait I call the doctor ok? don’t worry too much dear’. Katanya sebelum dia pergi meninggalkanku.
Tidak lama kemudian lelaki tadi datang bersama dengan seorang doktor, dan doktor itu melakukan beberapa pemeriksan biasa ke atas diriku. Kemudian dia menanyakan aku beberapa soalan.
‘Puan ingat tak apa yang berlaku sebelum puan terlantar disini?, nama penuh puan?, umur ? dan adakah puan mengenali lelaki ini, dan bahagian manakah yang paling sakit di anggota badan puan?’.
‘Puan, ha? Jadi betullah apa yang dikatakan oleh lelaki tadi yang aku ni isterinya? Tapi kenapa aku tak mengenalinya?, seingat aku, tidak pernah pula aku berkahwin dan bukankah aku ni masih belajar?, bila pula aku berkahwin? Kenapa dia memangilku puan? Adakah betul yang aku sudah berkahwin dan lelaki yang bernama Ikhmal ini suamiku? Adakah aku sedang bermimpi’ getusku didalam hati.
Tiba- tiba doktor itu berkata, ‘ Puan, puan dengar tak apa yang saya cakap tadi’. Tanyanya kepadaku apabila melihat aku berdiam diri dari tadi. Aku kemudian menjawab ‘oh, tak perlu. Tapi kenapa doktor panggil saya puan? Saya tak pernah berkahwinlah doktor, dan umur saya baru 19 tahun, dan sayakan masih belajar lagi. Dan bahagian yang paling sakit ialah kepala. Erm…..boleh doktor jelaskan kenapa saya berada disini? dan saya sakit apa ya doktor?’, tanyaku kepadanya.
Kemudian doktor itu berkata yang lelaki disisiku akan menerangkan segalan-galanya padaku apabila dia sudah siap melihat segala dokumen perubatanku. Katanya padaku sambil memanggil lelaki bernama Ikhmal tadi supaya mengikutinya. Entah kenapa hatiku berasa sakit melihat wajah lelaki bernama Ikhmal, malah seolah-olah ada suatu perasaan benci yang membara dihatiku apabila melihat wajahya. Aku tak tahu kenapa aku berasa demikian, tapi itulah yang kurasakan saat aku memandang wajahya, Aku bingung sendiri dengan perasaanku tika ini.
Tidak lama kemudian lelaki bernama Ikhmal itu datang kembali dan berkata‘ you really don’t know me dear?’ aku terus menggelengkan kepalaku tanda aku tidak mengenainya.
Dia kemudian mengeluh dan menyambungkn percakapannya,‘ I sebenarnya suami you, dan you telah mengalami konkusi yang menyebabkan you telah hilang separuh dari ingatan you, and actually you’re not 19 but 26 dear. Dan semua ni berlaku disebabkan kemalangan semasa you dalam perjalanan balik ke rumah kita. You mesti tak tahu nama penuh I
‘Ha….biar betul? Awak tak tipu saya? Jadi awak ni memang suami sayalah?’. Aku menunjukkan ekspressi wajah terkejut apabila dia berkata yang aku sudah mempuyai dua orang anak.
‘ish biar betul yang aku dah ada dua orang anak?, takkanlah! Dan biar betul lelaki ni suami aku? gila handsome lelaki ni!’
Dia ketawa apabila melihat reaksiku yang panik dan terkejut itu. ‘Hahahahahahahahahhaha………., Qis……,Qis…..Qis…..u percaya ke yang kita dah ada dua orang anak? Mal saja jelah cakap macam tu. Nak tengok reaksi Qis je, ish tak payahla buat muka macam itik tercekik tulang je. Katanya sambil ketawa’
‘ish, u ni gila ke? , nak main-main pula. Orang tengah sakit pun boleh dia gurau-guraumacam tu, kalau I ade sakit jantung macamana?, dan boleh tak stop pegang-pegang ni. I tak sukalah, jangan ingat yang you ni suami I you boleh pegang, Ingat sikit I tak pernah ingat you tau, Entah-entah I gila mase tu, sebab tu kot I kahwin ngan you. Ha… mane I tau
‘Hahahahaha, cutela you ni bile you marah, I miss you soooooo much sayang’ katanya sambil memuncungkan bibir untuk menciumku. ‘ ish gila ke dia ni? , biar betul dia nak cium aku’ getusku dalam hati.
‘ ish you ni tak malu betullah mamat ni, dahlah ni hospital!. En.Ikhmal sedar diri sikit en Ikhmal oooi……kataku sambil menolak tubuh sasanya.
‘hehehehehe, takpe. Tak lama lagi you kan dah boleh balik, Bolehla I bawa u balik rumah kita. Katanya sambil mengeyitkan matanya kepadaku.
Aku terdiam apabila berkata begitu, lidahku kelu. Aku terlupa seketika yang aku ini isterinya. Aku gugup sendiri apabila mengenangkan aku harus bersekedudukan dengannya. ‘ ish tak pernah aku aku duduk satu rumah dengan lelaki, takke gila?, yela walaupun dia ni handsome tapi memangla kerje gila namanya’ kalau duduk satu rumah dengan dia ni.
‘Ish, takut aku, tak pernah seumur hidupku, aku duduk satu rumah dengan lelaki!’. Bisik hati kecilku.
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk dan dibuka. Terjengul wajah yang amat ku kenali. Lelaki itu tersenyum dan menanyakan khabarku secara formal. Aku berasa sedikit pelik melihatkan kelakuannya yang agak ganjil pada pengamatanku. Dirinya yang ku kenali adalah seorang yang amat mesra dan ceria. Aku ingin menjawab pertanyaannya tetapi aku segera mematikan niatku apabila wajah Ikhmal merenungku dengan tajam seolah-olah memberi insyarat amaran supaya aku tidak bercakap dengannya. Tetapi aku tak boleh menahan diriku dari bercakap dengannya, lantas aku membalas pertanyaannya, tetapi belumpun sempat aku berkata aku disapa dengan kehadiran seorang wanita yang memanggilku adik malah dia memanggil lelaki itu dengan panggilan sayang. Hatiku berasa amat sakit.
‘ iya hatiku sakit apabila melihatkan perbuatan wanita itu yang terlalu mesra dengannya, manakan tidak lelaki yang dipanggil sayang oleh wanita itu adalah teman lelaki aku sendiri!, dan dia seolah-olah tak kisah melihat kehadiran Ikhmal disisiku yang sambil memegang tanganku.
'Arghh...drama apakah ini?, adakah aku sedang bermimpi?'. Bisik hati kecilku.
Missing u.......
Thx o(^-^)o
Plz Stop Judging me!
Hurm.....when u read d title of this subject u must knw what im gonna talk bout ryte?
What Should i do?
Privacy on my own page at Tagged acc! o.O'
Special?
Lol u must be thinking who is writing this nw ryte?
Is this ina or ida?
Lol……then guess now who is writing bout this now..
Is it ina or ida?
Lol its me ne…ida ^0^ hehe I like 2 talk n talk while she didn’t like 2 talking bout herself plus she nt rly feel comfortable 2 talking bout her life…she said she’s nt special so she didn’t want 2 talking bout herself…
Hey 2 me she is d most special gal I ever knw..
Eventho I luv mum but I still think that ina is d most special gal…
Don’t u knw that u r special with ur own way?
Ina Is always be ina n that make urself special..
Hey every1 is special with their own way…
Eventho she didn’t think that she’s special but deep in my heart she is d most special gal in d world..
Is doesn’t matter hw much girls friends I hv u will still d most special one…
Trust me…u’re special n don’t u ever doubt it!
Prank Vid 2
Prank Vid 1
Inikah Cinta
Bab 1
“Hello, boleh Cik tunjukkan arah ke cafetaria?” pemuda itu bersuara. Suara garau itu memang padan dengan wajahnya yang kacukan Inggeris dan
“Wei you ni buat–buat bodoh ke? Jangan nak buat lawaklah Azran. You ingat I dah lupa ke apa yang you dah buat pada I hari tu? Mesti you nak kenakan I lagi
‘Bencinya aku tengok muka dia, tapi errr Azran ni ada kembar ke?’ bisik hatiku. ‘Kenapa Azran tidak pernah memberitahuku? Alamak aku sudah tersilap marah oranglah nampaknya. Malunya …..’
‘Oh! you two know each other, mesti Azran buat halkan? Dia kenakan you ya? Sorrylah my bro ni memang nakal. By the way my name is Zafran, Carl Zafran Min Hyuk beza sikit je, Zafran dan Azran yang lain tu sama, rupa kamipun samakan, kembar seiraslah katakan. Tapi perangai tak sama. I tak suka mainkan orang macam Azran ni” Terangnya dengan panjang lebar.
Azran terus mencelah “Bila sampai?”
“Baru je,” jawab Zafran sambil tersenyum memandangku.
“Azran you tak penah bagitau pun kat I yang you ni kembar, buat malu I je termarah salah orang tau! Sorry ye Zafran I marah kat you tadi. I betul–betul ingat yang you ni Azran” ucapku malu-malu.
“Aaaa…. tulah I dah banyak kali beritahu, tapi you yang tak pernah nak percaya. Hah, sekarang janganlah nak salahkan I pula. Tapi best juga mesti you malu
“You nikan tak habis–habislah nak kenakan I! You tu yang tak minta maafpun kat I pasal lipas tu! Jadi Zafran, kalau you nak denda, dendalah Azran ni ya,” kataku dengan nada marah.
“April Foollah Cik Alia Natasha yang cantik manis. Tak payahlah I nak minta maaf. Kalau you nak marahpun tak apa sebab makin you marah makin cute! Anyway jomlah kita pergi makan pizza nak? Kita dating bertiga, ok jugakan! Pujuk Azran. “Zafran ni nak belanja kitakan? Yalah orang belajar kat
Aku hanya tersenyum mendengar katanya, kerana ini bukan kali pertama Azran memanggilku sebagai perempuan garang. Pantas aku menyambung “Alah, orang garang nilah yang you selalu minta tolong buat assignmentkan? You pergilah cari orang lain yang tidak garang tolong you. Lagi satu I pun tak ingin tau nak jadi buah hati you. Pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak hendak, Alia lagi tak ingin!”
“Amboi … siap berpantun lagi. Oh! ya, tadi Liana cari Alia, dia kata you dah janji nak jumpa die kat cafeteria,” kata Azran kepadaku.
“Ya Allah, Alia terlupalah! Oklah I pergi dulu ya, bye Azran dan Zafran”.
“Hai Liana, maaf sangat–sangat sebab terlewat. I terserempak dengan Azran dan kembar dia sebab tulah terlambat,” aku menjelaskan pada Liana.
“Iyelah tu, dah berjam I tunggu you tau. Nasib mood I hari ni baik,” balas Liana. “Emmm Alia I nak bagi tahu you sesuatu ni,” sambung Liana tersenyum ceria. “Sebenarnya I baru saja berpasangan dengan Azran, I nak you jadi orang pertama yang tahu berita gembira ni. Yalah youkan rapat dengan I dan Azran.”
Tersentak aku mendengar berita itu. Aku kecewa sebenarnya, Azran adalah orang pertama yang berjaya mencuri hatiku. Sifatnya yang agak nakal itulah yang membuat mencuit hatiku. Azranlah yang menyebabkan aku memohon di Universiti yang sama dengannya walaupun aku boleh memohon universiti yang hampir dengan kampungku. Aku mula menyukainya sejak dari matrikulasi lagi. Azran yang membuatkan hari–hari yang aku lalui sentiasa ceria. ‘Oh! Tuhan bagaimanakah aku perlu menghadapi situasi ini? Orang yang aku suka adalah kekasih kepada rakan baikku sendiri. Sukarnya untuk menerima hakikat ini, pahit rasanya,’ rintih Alia di dalam hati. Ingin sahaja aku berlalu pergi tetapi mengenangkan Liana aku
Mulai hari itu, aku mula menjauhi diri daripada Liana dan Azran kerana tidak sanggup menghadapi mereka. Aku teramat sedih hinggakan kawan-kawanku menegur sikapku yang semakin pendiam sejak akhir–akhir ini. Apabila Alia bertanya kepadaku, aku menjelaskan padanya bahawa aku tidak mahu mengganggu privisi mereka. Aku berazam untuk berjaya dan mencapai cita–citaku setelah aku pasrah bahawa cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku tidak akan tersungkur setengah jalan hanya kerana seorang lelaki.
Bab 3
Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kakiku ke tempat kerjaku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan susuk tubuh Azran di depanku. ‘Ya Allah, Azran juga bekerja di sini?’ bisikku dalam hati.
“Alia Natasha, ingat lagi, I Zafran kembar Azran kawan you seuniversiti dulu.” Hampir gugur jantungku saat dia memanggilku tadi, sangkaku Azran, rupa–rupanya Zafran. Walaupun sudah tiga tahun berlalu, aku masih boleh mengingati peristiwa hari itu dengan jelas. Lagipun nama mereka hampir sama, jadi tentulah senang untukku ingat.
“Oh Carl Zafran rupanya, ingatkan Carl Azran tadi. Tentulah I ingat, dahlah nama seakan, rupa pula memang sama. Tapi kuat juga ingatan you ya, rasanya hampir tiga tahun berlalu, boleh juga you ingat nama I lagi.” Jawabku lurus. Sambil tersenyum dia menunjukkan ‘resume’ku yang ada ditangannya. Alamak bodohnya aku, mesti dia ingat aku terperasan nanti. Ahh malu, malu gila!
“Perempuan secantik you mana boleh I lupa,” katanya agak terlewat mungkin menyedari mukaku dah berubah menjadi merah padam.
Terus aku menukar topik perbualan, “Encik Zafran dah lama kerja di sini ke? Alia, teman wanita Azran masa kat universiti dulu pernah cerita pada Alia yang kembar Azranpun ambil bidang kejuruteraan juga. Tapi En Zafran belajar di
“Hmm betullah tu, Alia, you akan jadi assistant I. Mari, I tunjukkan meja you dan kenalkan dengan rakan-rakan yang lain. Kalau ada apa–apa yang tidak faham atau perlukan bantuan jangan malu-malu untuk bertanya. Azran tu kawan you, jadi I pun kira kawan you jugalah,” jelasnya tenang sambil berjalan. Aku cuma mengekorinya saja dengan hati yang gundah gelana. Harap-harap aku dapat bekerja dengan baik di sini, dah enam bulan aku mengganggur sebelum mendapat tawaran kerja ini. Aku tidak mahu bayangan Azran mengganggu karierku.
Sepanjang bekerja dengan Zafran dia banyak membantuku, lantaran aku masih baru dan tiada pengalaman. Sebagai pembantunya juga aku dapat mengenali dirinya dengan lebih rapat. Rupa Zafran memang saling tak tumpah seperti Azran, tapi mereka memiliki keperibadian yang sungguh berbeza.
Azran seorang yang amat nakal, ceria dan happy go lucky, malah dia juga seorang yang amat gemar bersosial dan pandai bermain dengan kata–kata. Manakala, Zafran pula begitu pendiam, komited dengan tugas dan serius. Tetapi jika dia sesekali berlawak mampu membuatkan wanita cair dengannya. Tambahan pula dengan sikap gentlemannya. Dia begitu menghormati perempuan waima mak cik cleanerpun dia akan tetap melayan dengan penuh rasa hormat dan ikhlas.
Keperibadian tinggi yang dimiliki oleh Zafran membuat aku kagum dan amat menghormatinya. Terasa bodoh pula aku boleh terpikat dengan Azran yang nakal dan suka mengusikku. Semakin lama aku bekerja di samping Zafran perasaan sayang mulai wujud di dalam hatiku, sukar untuk tidak jatuh cinta dengannya kerana sifatnya yang amat memahami dan berbudi bahasa. Tetapi aku selau berpesan kepada hatiku untuk tidak menaruh harapan, aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali cintaku tidak dibalas Azran, aku tidak mahu kecundang pada Zafran pula. “Ya Allah, cukuplah sekali hambaMu ini kecewa, janganlah diriku dikecewakan lagi,” doaku setiap lepas solat. Aku amat pasrah bahawa keadaan di pejabat amat berbeza dengan universiti, di mana hendak kusembunyikan diri nanti jika terperasan sendiri. Perlahan-lahan aku
Pagi ini aku bangun dari tidur dengan perasaan gembira. Hari ini merupakan hari ulang tahunku yang ke dua puluh
Telefonku menyanyi-nyanikan lagu ‘Full House’, nada dering itu menandakan panggilan dari Zafran. Aku sengaja memilih lagu
“Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To Aliya Natasha, Happy Birthday To You” suara garaunya menerpa gegendang telingaku. Aku tergaman tidak terkata. Rasa tak percaya Zafran boleh menyanyikan lagu untukku. Aku tidak perasan sama ada suaranya sedap atau tidak tapi yang pasti aku rasa perbuatannya amat menyentuh hatiku. “Hello! Hello! Alia are you there?” suaranya menerpa kembali setelah tiada apa reaksi dariku. Mungkin dia ingat aku tiada, tapi hanya Allah yang tahu bertapa kencangnya degupan jantungku hingga tidak dapat berkata-kata buat seketika.
“Terima kasih Zafran. How sweet of you to remember my birthday,” aku bersuara perlahan takut dia mendengar degupan jantungku di talian.
“Boleh I ajak you keluar hari ini? I still owe you pizza remember? Lagipun today your birthdaykan, jadi I nak tunaikan janji I dulu,” ujarnya.
Suaranya kedengaran amat romantik sekali, ataupun perasaanku sahajakah? Hendak atau tidak, hendak atau tidak, aku sendiri tidak pasti, hatiku berbelah bagi. Ikutkan hati tentulah nak tapi kalau ikutkan akal …. ‘Ahhh, today is my birthday, I deserve some fun,’ kata hatiku nakal. “You salahlah I rasa, you tak janjipun nak belanja I pizza cuma Azran aje yang memandai tapi why not
Aku berkira-kira di depan cermin, aku ingin mempamerkan penampilan yang berbeza dari pejabat. Aku menukar jeans lusuh dan menggantikannya dengan jeans hitam Guess kesayanganku. Aku membuka t-shirt lantas mengenakan tiub merah paras paha dan jaket hitam kegemaranku. Selepas mengenakan mekap yang lebih daring dari biasa aku megenakan tudung merah dan menggayakannya ala Wardina. Aku tersenyum sendiri memandang diriku. ‘Not bad, cun juga,’ aku memuji diri sendiri. Manalah tahu ada rezeki, tiba-tiba Allah bukakan pintu hati Zafran untukku. ‘Ha ha forget it. Just have some fun and enjoy the day, tak lebih dari itu,’ aku mengingatkan diriku sendiri.
Aku termangu-mangu di hadapan restoran mewah berdekatan KLCC. Aku melihat sekali lagi sms yang dihantar Zafran. ‘Betullah alamat ni, tak adapun Pizza Hut, Shakey atau Domino kat sini,’ hatiku tertanya-tanya. Tiba-tiba telefonku menyanyikan lagu ‘Full House’ lagi. Segera aku menjawab, sebelum sempat aku berkata-kata terdengar suara Zafran di talian, “Alia I nampak you dari sini, you masuk aje nanti you akan nampak I.”
Aku melangkah masuk ke restoran dengan hati-hati, belum pernah aku menjejakkan kaki ke restoran semewah ini. Suasana agak suram serta sunyi dan dari susun aturnya dapat kuagak bahawa restoran ini tentunya mahal. Walaupun baru pukul 11 pagi namun lampu-lampu kecil di pasang di sudut-sudut menjadikan suasana kelihatan romantik sekali. Aku mengalihkan pandangan mataku ke arah Zafran, dia sedang berdiri sambil memandang ke arahku. Mejanya agak jauh dari meja lain. Perlahan-lahan aku melangkah ke arahnya.
Zafran menghulurkan sejambak bunga ros merah jambu apabila aku mendekatinya. Patutlah tangannya disorokkan ke belakang, rupanya dia memegang bunga. ‘Romantik juga Zafran ni’ bisik hatiku. “Terima kasih Zafran, terima kasih banyak-banyak. Tak sangka you sanggup bersusah-payah untuk I” ujarku ikhlas.
“Don’t mention. Kita makan dulu ya” ucapanya malu-malu.
Kami makan sambil bersembang-sembang kosong. Ikhlas kukatakan, jika ada orang bertanya apa yang kumakan aku sendiripun tidak tahu, yang jelas hatiku di buai oleh perasaan yang aku sendiri tidak dapat tafsirkan. ‘Sudah jatuh cintakah aku padanya?’ bisikku pada diri sendiri. Aku tahu itu tidak mustahil, tapi apa yang aku ingin tahu apakah perasaan Zafran padaku? ‘Tingkah lakunya macam aku tidak bertepuk sebelah tangan’ hatiku berbisik lagi mengharap. Kalau boleh aku tidak mahu saat ini berlalu, tapi walau macammana perlahanpun aku mengunyah makananku namun akhirnya habis jua.
Aku merasa sedih apabila pelayan membersihkan meja kami tanda berakhirnya saat indah ini. Tiba-tiba dari arah kananku kedengaran lagu ‘Happy Birthday’. Aku menoleh ke sisi, seorang gadis sedang memengang kek kecil dua tingkat sambil berjalan ke arah meja kami. Di kiri kanannya dua penggesek biola sedang memainkan lagu ‘Happy Birthday’. Gadis itu meletakkan kek di depanku. Aku memandang Zafran dengan rasa yang amat terperanjat.
“Happy 25th Birthday, Alia. Moga you berbahagia selalu hendaknya,” bisiknya perlahan.
“Zafran, terima kasih. I sungguh terharu sekali. I tak tahu nak cakap apa, tapi this is my best birthday ever,” ucapku sambil mengalirkan airmata gembira.
“You tidak perlu cakap apa-apa Alia. Melihat you gembira suduh cukup buat I. Emm makanlah kek tu,” ucapnya tergetar-getar.
“Eh! kek kecil yang atas ni kotaklah Zafran, bukan kek” spontan aku bersuara bila tidak boleh memotongnya.
“Ya ke? Kalau kotak mesti boleh buka,
“Zafran!” Aku terjerit kecil. Sungguh aku tidak sangka, di dalam kotak itu terletak sebentuk cincin berlian bermata satu. Sinarannya membuatkanku tidak berupaya untuk bersuara. ‘Mimpikah aku?’ Perlahan-lahan aku mencubit pehaku. ‘Aduh! Sakit’ pasti aku tidak bermimpi.
“Alia, I tidak pandai bermain kata-kata macam kebanyakan lelaki. I juga tidak pandai memikat perempuan macam Azran. Hari inipun, Azran yang tolong sama rancangkan. I memang hendak sangat berikan sesuatu yang amat istimewa untuk you, tapi I buntu. Cuma yang pasti, hati I ada perasaan yang sama macam lelaki lain, dan I dah lama pendamkan perasaan ini. Pertama kali jumpa, I dah suka pada you. I suka perempuan yang tidak hipokrit dan berterus terang macam you. Bila lama kenal hati budi you, perasaan suka menjadi sayang. I tidak pasti apa perasaan you pada I, tapi yang pasti – I love you Alia Natasha. I tidak sanggup pendamkan lagi perasaan ini dan berdepan dengan you setiap hari. Lega hati I bila dapat meluahkannya” tutur Zafran satu-satu, jelas dan terang kedengaran di telingaku. Hatiku menjerit-jerit kegembiraan tapi mulutku terkunci, tiada satu patah perkataanpun yang keluar dari bibirku. “Alia, I harap you dapat terima cinta I. Tapi I tidak boleh memaksa you mencintai I. Andai kata you tidak sudi, I faham dan menghormati perasaan you. Tapi I nak you tahu, yang niat I suci, I cintakan you dan ingin mengahwini you.” tambahnya perlahan namun jelas kudengar walaupun bisikan biola di sisiku sedang memainkan lagu yang amat indah sekali. “Alia?” lembut suara Zafran memanggilku apabila aku masih membisu.
“Zafran, I pun tidak pandai menyusun kata-kata. Cuma apa yang boleh I katakana selama ini I ingat I cuma berperasaan seorang, bertepuk sebelah tangan. I love you too, Zafran,” ucapku lembut.
“Will you marry me, Alia?”
Inginku jeritkan ‘ya’ sekuat hatiku, tapi aku cuma mampu memandangnya dengan perasaan cinta yang mendalam. Bibirku tergetar-getar ingin bersuara namun cuma senyuman yang terukir. Pandanglah mataku Zafran, akan kau lihat di