BAB 16
Aira membuka pesanan telefon bimbitnya sejurus mendengar lagu Baby Baby yang dinyayikan oleh Justin Bieber kedengaran dari telefon bimbitnya.
‘Hai Aira, dah terima bunga yang I bagi tu?. You suka?’
Aira membaca pesanan sms yang baru diterima dari Akeel. Perasannya bercampur baur. Kekok dan tidak tahu mahu membalas pertanyaan sms yang baru diterimanya tadi.
Belum sempat dia meneruskan kerjanya sms baru masuk lagi di telefon Blackberry miliknya.
‘Senyap je?, you tak suka ke?’
Aira ligat berfikir jawapan apa yang patut diberi. Bukan dia tak suka dengan jambangan yang baru diterima Cuma dia berasa janggal menerima pemberian dari Akeel. Malah kad yang disertakan Akeel membuatkan hatinya resah memikirkan perubahan Akeel yang baginya terlalu tiba-tiba.
Lantas dia membuat keputusan untuk membalas sms tu dengan mengatakan
‘Oh thx for the flower sorry for the late reply’
Balas Aira pendek. Dalam diam dia resah memikirkan kelakuan Akeel yang tiba-tiba sahaja seperti ingin mencipta suasana mesra antara mereka. Ditambah dengan sarapan pagi tadi, membuatkan Aira kian resah reaksi apakah yang patut diberi apabila dia balik kerumah nanti?’ Risau Aira dalam hati. Dia membaca kembali kad kecil pada jambangan bunga, kata-kata yang tertulis membuatkan dia seakan tidak percaya Akeel yang menulisnya itu.
‘You tahu kenapa I letak bunga putih di tengah-tengahnya?. Sebab orang selalu Nampak bunga ros merah di mana-mana je... Tapi di mata I hanya Nampak ros putih je. Kenapa? Sebab I rasa ros putih tu macam you.
FRM :
Akeel
Aira tersedar dari lamunannya dia lantas meneruskan kerjaya yang terhenti seberntar tadi. Cuba untuk menyibukkan diri dan enggan berfikir tentang Akeel. Yang pasti dia tidak akan balik awal, pada malam ini Bisik hati kecil Aira.
Di Rumah
Kedengaran deruan enjin kereta menghampiri perkarangan rumah Akeel dan Aira . Akeel terbangan dari tidurnya apabila enjin kereta kian menghampiri rumahnya. Langsir tingkap di selak. Kelihatan Aira baru keluar dari kereta. Akeel cepat-cepat duduk kembali di sofa ruang tamu milik mereka berdua.
‘Lambat you balik’ luah Akeel pada Aira sebaik sahaja Aira masuk ke rumah.
‘hmm…I kan memang selalu balik lambat. Macam tak biasa pula?’ Balas Aira acuh tak acuh.
‘Yelah, tapi I rasa you dah tak patut balik lambat sekarang.’
‘kenapa?’
‘Iyelah sekarangkan you dah ada tanggungjawab. Lagipun I naklah spend time with you lepas kita sama-sama dah penat dari kerja. Nak jumpa you siang-siang kan susah. So I haraplah kita dapat kerap luangkan masa bersama pada waktu malam. Kalau tak, takkanlah kita nak begini selamanya?’ Jawabnya.
‘Tapi sebelum ni hal ni tak jadi isu pun?, lagipun sebelum ni you yang tak peduli. Kenapa tiba-tiba sekarang you ambil peduli pula?. Hai..takkanlah sebab kita rapat masa honeymoon tu you dah nak amik peduli pasal I pula? Cepatnya you lupakan Aisyah ya?’ perli Aira.
Akeel menjawab tenang ‘ Kalau ya pun tak salah kan?, sedangkan mengingati Aisyah itupun suatu dosa dan melupakannya tentulah suatu pahala. Ya malam tadi I tak cakap I dah lupakan dia. Tapi I ada cakap kan yang I rasa bahagia bila dekat dengan you. Dan I naklah perasaan tu kekal selamanya kalau itu yang terbaik untuk kita berdua. Dan I memang perlu melupakan Aisyah, dia adalah kisah silam dan you adalah masa hadapan. Takkan itupun you masih tak mengerti?’
‘oh jadi you nak rapat dengan I sebab you nak lupakan Aisyah lah? Jadi sebab tulah you hantar bunga ya? Apa, you ingat hati I ni mudah dibeli?. Dah stop lah Akeel I penat I nak tidur.’ Balas Aira pantas dan laju menaiki tangga menuju ke biliknya.
Aira menutup dan mengunci biliknya, dalam hati dia berasa terkilan akan kata-kata Akeel. Barulah dia tahu kini Akeel memang tak melupakan lagi kakaknya dan dia hanya menggunakan dirinya untuk melupakan kakaknya Aisyah.